Thursday 2 January 2014

SELAMAT DATANG








Selamat datang ke blog Homestay D' Kampung Koi. 





Homestay/Guest House Muslim murah dengan suasana kampung. Homestay ini terletak di sebuah kampung yang di beri nama Kampung Padang Tenggala,  Seberang Temerloh, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Menawarkan penginapan bersih dan selesa buat anda sekeluarga yang ingin bertandang untuk majlis kenduri kahwin, bercuti, berkursus atau mencari penginapan untuk menjaga/menemani ahli keluarga di Hospital Temerloh. 

TEMERLOH 


Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar "Bandar Ikan Patin".
Temerloh juga merupakan nama sebuah daerah yang terletak di Pahang. Keluasannya 225,086 hektar (2,251 km persegi), dengan penduduk (2009) 164,900 orang. Daerah Temerloh diwujudkan pada 1 Julai 1889 dengan E.A. Wise dilantik sebagai 'Pemungut Dan Pengadil' pertama. Kemudian jawatan tersebut diubah menjadi 'Pegawai Daerah' dan W.L. Conlay menjadi orang pertama menjadi Pegawai Daerah Temerloh mulai 1898. Pegawai Daerah terkini, yang ke-67 adalah Dato' Hj. Tarif Bin Abdul Rahman. Memandangkan kedudukannya di tengah-tengah Semenanjung, gelaran 'Titik Tengah Semenanjung' telahpun menjadi nama jolokan daerah ini.

sumber dari Wikipedia

Alamat:
PT 2, Kampung Padang Tenggala, Seberang Temerloh, Temerloh, Pahang Darul Makmur. 


Waktu
Check in = 2:00 PM (boleh check in awal sekiranya tiada penyewa sebelum itu)
Check out = 12:00 PM